Friday, June 24, 2011

Pakej Melancong ke Gold Coast, Australia 6H/5M

Itinerary




HARI 01 : KUL/BWN (L)
Anda dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Bandar Seri Begawan. Sebaik sampai anda akan ke hotel penginapan.

HARI 02 : BWN / BRISBANE  (B/L/D)
Selepasa sarapan pagi, check out hotel anda akan dibawa melawat ke sekitar bandar Seri Begawan. Selepas itu, anda akan dibawa ke lapangan terbang untuk mengambil penerbangan ke Brisbane. Sampai di Brisbane, anda akan dibawa ke Glod Coast dan seterusnya check-in di hotel penginapan untuk berehat dan bermalam di sini.

HARI 03 : PARADISE COUNTRY (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Paradise Country untuk menyaksikan aktiviti di ladang ternakan kambing biri-biri seperti mengetam bulu kambing biri-biri, melontar boomerang, memberi kangaroo makan dan beberapa acara menarik lagi. Selepas makan tengahari, pulang ke hotel dan anda bebas untuk mengatur acara sendiri. Antara aktiviti yang menarik ialah memasuki "infinity" iaitu dunia penuh ilusi di mana anda perlu kuat mengawal minda untuk mengharunginya.

HARI 04 : MOVIE WORLD (B/L/D)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke 'Movie World Theme Park'. Banyak perkara menarik dapat dialami di sini antaranya ialah Batman Adventure, 'Maverick Grand Illusion Show', 'Warner Bros Movie' dan 'Lethal Weapon'. Anda juga berpeluang menyaksikan pertunjukan 'Police Academy' yang dikendalikan oleh "stunt" profesional dengan aksi yang sungguh mendebarkan. Selepas puas mengalami keseronokan di sin, anda akan dibawa pulang ke hotel. Oleh kerana Gold Coast juga dikenali sebagai "Surfers Paradise" maka peluang unutk bersantai di pantai Lautan Pasifik yang besar ombaknya tidak boleh dilepaskan.


HARI 05 : SEA WORLD (B/L)
Selepas  sarapan pagi, anda akan dibawa ke 'Se World'. Antara yang menarik di sini ialah pertunjukan 'Ski Challenger', 'Quest for the Golden Sea' dan pelbagai pertunjukan lain. yang pasdti menghiburkan. Ikan jerung dan beruang polar juga terdapat di sini. Selepas itu aturcara beba untuk membuat perancangan membeli-belah dan lawatan.


HARI 06 : BRISBANE/KUL (B)
Selepas sarapan pagi, perserta beba dengan aktiviti sendiri sementara menunggu masa untuk dibawa ke Lapangan Terbang Brisbane untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Bandar Seri Begawan. Anda dijangka selamat sampai di KLIA pada pukul 9.55 malam.

PAKEJ termasuk:
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi KUL/BNE/KUL
  • Cukai Lapangan Terbang (pergi-balik), visa dan insurand penerbangan
  • Pengangkutan Bas Berhawa Dingin
  • Penginapan seperti di dalam aturcara
  • Lawatan seperti di dalam aturcara
  • Makan dan minum seperti di dalam aturcara.
  • Bayaran masuk ke Movie World dan Sea World bernilai RM450.00
 
PAKEJ Tidak termasuk:
  • Perbelanjaan sendiri
  • Lebihan bagasi
  • Tip untuk pemandu pelancong.

No comments:

Post a Comment